LAPORAN LAWATAN KE SFV KUMPULAN D-1

Nama Ahli Kumpulan :
1. Lionel Bin Elis @ Louis (D20212099060)
2. Mohd Rafie Bin Junin (D20212099094)
3. Muhammad Subky Bin Kahlet (D20221104555)
4. Nur Shafina Binti Azmi (D20212098770)
5. Punitha A/P Rasa Ratnam (D20212098773)


LAPORAN

Pada hari rabu bertarikh 20 Disember 2023 yang lepas, seluruh pelajar beserta seluruh pensyarah kursus Penternakan Lebah Kelulut CPE2031 telah mengadakan dan mengikuti satu rombongan lawatan sambil belajar ke Selangor Fruit Valley atau SFV yang merupakan sebuah ladang buah-buahan tropika yang berkeluasan 646 hektar. Tanaman yang menjadi pilihan adalah seperti buah belimbing, jambu batu, rambutan, pulasan, betik dan sebagainya. Kami bertolak ke Selangor Fruit Valley dengan menaiki empat buah bas UPSI yang di bahagikan mengikut kumpulan kelas masing-masing iaitu kumpulan A hingga D. Kami bertolak dari Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI tepat pada jam 8.00 pagi dan selamat tiba ke destinasi pada jam 9.00 pagi. Sejurus sahaja tiba di Selangor Fruit Valley, semua pelajar dan pensyarah berkumpul dan beratur untuk membeli tiket masuk sebelum menaiki tram untuk mengelilingi seluruh SFV dan melihat segala jenis tanaman, haiwan dan kemudahan yang ada di sini. Setelah melawat semua bahagian tanaman buah-buahan dan haiwan di situ kami kembali berkumpul di pintu hadapan Selangor Fruit Valley dan kami disajikan dengan beberapa jenis buah potong. Tepat jam 1.00 tengah hari kami menaiki bas semula untuk pulang ke Kampus. Di sini kami paparkan beberapa keping gambar menarik yang sempat kami ambil semasa lawatan sambil belajar tempoh hari.


Ketibaan pelajar ke Ladang Ternakan Lebah di Selangor Fruit Valley menghidupkan pengalaman unik, di sini ilmu bertaut dengan keajaiban alam, dan madu bersemi di setiap langkah mereka. Pagi yang cerah menyambut ketibaan empat kelas pelajar CPE 2031 ke Ladang Ternakan Lebah di Selangor Fruit Valley. Suasana penuh semangat memenuhi ruang mendaftar, menandakan permulaan petualangan ilmiah pelajar.



Salah satu kemudahan pengangkutan yang disediakan bagi membawa pelajar mengelilingi selangor Fruit Valley dan ke ladang ternakan lebah. Trak yang selesa dan bergerak lancar membolehkan pelajar-pelajar menikmati pemandangan indah sekitar tanpa sebarang kesulitan. Dengan pemandu trak yang mesra dan berpengetahuan, pelajar-pelajar diajak melalui laluan yang menakjubkan, mendedahkan mereka kepada suasana dan keindahan kawasan ladang ternakan lebah.



Gerai menjual hasil madu kelulut yang disediakan di Selangor Fruit Valley buat pengunjung yang ingin mendapatkan madu kelulut yang asli. Terdapat pelbagai jenis madu kelulut yang di jual di sini dengan harga yang berpatutan.



Selain terdapat pelbagai jenis tanaman pokok buah-buahan serta pokok herba, di Selangor Fruit Valley ini juga terdapat binaan-binaan yang menarik seperti binaan rumah kampung ini yang turut menjadi tarikan pengunjung kerana keunikan seni binanya dan di bina di lokasi yang sangat menarik serta sangat cantik untuk dijadikan lokasi bergambar.



Kelulut merupakan serangga kecil yang wujud di  kawasan tumbuh-tumbuhan semulajadi.Ia menghasilkan madu  kelulut  yang berasa masam. Madu kelulut mempunyai banyak khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Gambar di atas menunjukkan reka bentuk kotak kelulut. Bahan- bahan yang digunakan untuk membina kotak kelulut  sangat penting bagi mengelakkan serangan daripada beberapa perosak.Salah satunya ialah penutup plastik yang berwarna kelabu seperti bumbung di bahagian atas kotak kelulut bagi mengelakkan cahaya matahari terus mengena pada kotak kelulut.Kelulut memerlukan kawasan yang lembap sebagai perumah.
         Seterusnya, kegunaan jaring hitam di sekeliling kotak kelulut adalah bagi mengelakkan serangan oleh perosak  lalat soldadu hitam (Hermetia ilucens) atau dikenali dengan nama black soldier fly (BSF) dan serangan oleh kumbang pendebunga (Haptoncus luteous) yang  merosakkan banyak koloni kelulut. Antara faktor  'tarikan' untuk perosak seperti BSF dan kumbang pendebunga ini apabila kantung madu telah pecah. Kantung madu  kelulut yang telah pecah ini selalunya akan menyebabkan madu meleleh dalam log atau kotak madu dan akhirnya menjadi bau masam yang amat disukai oleh lalat BSF dan kumbang pendebunga. Perosak ini akan berusaha untuk masuk ke dalam koloni kelulut melalui lubang masuk utama atau ruang lain yang ianya boleh masuk. Ia akan bertelur  dan membesar menjadi larva. Kedua-dua perosak ini akan merosakkan sarang dengan makan madu, lilin, propolis, pollen dan sebagainya. Kewujudan serangga BSF dan kumbang pendebunga ini di kawasan berdekatan akan membolehkan ia cepat menyerang koloni kelulut jika pemeriksaan jarang dilakukan.
          Tambahan pula, kegunaan polisterin di atas bongkak kelulut yang ditutup dengan plastik adalah untuk mengelakkan air hujan masuk ke dalam kotak kelulut.Jika air hujan masuk ke dalam kotak kelulut menyebabkan madu kelulut rosak dan membawa kerugian kepada pemiliknya.Kegunaan polisterin sangat penting bagi mengelakkan monyet mencuri madu kelulut daripada kotaknya.Permukaan di bawah log kayu perlu ada besi yang berpanjang 50cm agar dapat mengelakkan air masuk dari permukaan bawah.Permukaan kotak kelulut dengan lapisan simen supaya air tidak bertakung di permukaan bawah kotak kelulut. Disamping itu, pada awal pembinaan kotak kelulut, batang besi disapukan dengan minyak hitam supaya semut tidak memasuki kotak kelulut melalui batang besi.
           Akhirnya, kotak kelulut hendaklah menjalankan pemeriksaan mengikut jadual yang ditetapkan agar kotak kelulut sentiasa dalam keadaan selamat daripada serangan perosak.Jika terdapat log kayu yang reput atau barang  kotak kelulut yang  rosak perlu dibaiki dengan kadar segera supaya madu kelut di dalam kotak kelulut dalam keadaan yang selamat ,tidak rosak dan dapat menjaga koloni kelulut.



Berikut merupakan salah satu inovasi yang dilakukan dalam penternakan lebah kelulut daripada log kayu reput kepada log seramik. Pensyarah dan pelajar diberi peluang untuk melihat keadaan sarang lebah kelulut di dalam log tersebut.



Para pengunjung yang mengunjungi Selangor Fruit Valley turut mendapat peluang melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis ayam yang yang dipelihara di sini seperti ayam belanda yang menjadi tarikan pengunjung terutamanya kanak-kanak.


Corong kelulut ini adalah jenis panjang serta kelulut jenis ini banyak diternak di ladang Fruit Valley Selangor kerana kawasan setempat ladang tersebut mempunyai sumber damar yang banyak serta kelulut jenis ini juga dapat menghasilkan kuantiti madu yang banyak iaitu 2kg dalam satu tempoh tertentu.



Permukaan corong luas dan agak besar, kantung madu bagi spesies ini kebiasaannya terbesar jika dibandingkan dengan semua kelulut yang lain. Kelulut jenis ini mudah untuk diuruskan serta tidak menggigit. Tetapi penghasilan madu sedikit perlahan berbanding dengan Binghami.


Pada masa kini permintaan terhadap madu kelulut kini semakin meningkat kerana kesedaran pengguna tentang khasiatnya madu kelulut  berbanding dengan madu lebah biasa. Madu kelulut dapat mengubati pelbagai penyakit berbahaya. Seterusnya, kantung kelulut diperbuat daripada lilin, resin dan sejenis gam dan ada juga gunakan lumpur tanah untuk struktur binaannya. Walaupun corong masuknya  kecil tetapi koloni kelulut yang produktif akan membuat banyak lapisan atau kelompok sarang di dalamnya. Lazimnya koloni kelulut yang aktif  mempunyai lebih dari 9 lapisan. Bagi mengenali spesis kelulut, kita perlu melihat beberapa ciri morfologi kerana kelulut mempunyai pelbagai warna mengikut spesis. Bagi spesis T. Itama ia adalah berwarna hitam dimana saiznya lebih kecil daripada lebah madu iaitu hanya sebesar lalat malahan ia adalah lebih kecil. Tambahan pula, kelulut juga mempunyai reka bentuk struktur kotak kelulut yang berlainan bagi setiap spesis dimana mendapati ada spesis di dalam pasu yang bersimen atau  log kayu.Teknik memelihara dan menjaga kotak kelulut adalah senang jika mahir dalam pemeliharaan lebah kelulut. Lebah kelulut tidak memerlukan ruang yang luas untuk aktiviti memeliharanya. Kelulut boleh hidup lama sehingga beberapa tahun sekiranya tidak diancam oleh musuhnya dan sentiasa mempunyai sumber makanan yang mencukupi. Pengusaha hanya perlu menyediakan tempat tinggal yang sesuai iaitu kotak untuk memudahkan pengumpulan madu kelulut.

LINK GAMBAR ASAL

Comments

Popular Posts