CPE2031 PENTERNAKAN LEBAH KELULUT KUMPULAN D

TUGASAN KUMPULAN

KUMPULAN 2B

Nama Ahli Kumpulan: 
1.      HAFIZUL SYAUQI BIN MOHAMMAD AKHIR (D20201093021)
2.      IRNAZIRA BINTI ISMAIL (D20221102862)
3.      QURRATUL AIN SOFEA BINTI AHMAD NIZA (D20221102904)
4.      NUR AYUNIEY BINTI ROSLI (D20221102934)
5.      ALEEYSHA HAMID KHAN (D20211098370)

LAPORAN

Pengenalan


Gambar 1

Selangor Fruit Valley atau SFV adalah sebuah ladang buah-buahan tropika yang berkeluasan 646 hektar. Tanaman yang menjadi pilihan adalah seperti buah belimbing, jambu batu, rambutan, pulasan, betik dan sebagainya. Ladang ini diwujudkan bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk memodenkan sektor pertanian selaras dengan visi dan misi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).


Gambar 2

Melalui pembangunan SFV ini, ia akan dapat menjadikan kawasan tersebut lebih berdaya maju serta komersil di samping menjana industri pertanian dan asa tani negeri. Lokasi terletaknya SFV ini adalah di KM 7, Jalan Batang Berjuntai, 45600 Rawang, Selangor Darul Ehsan. SFV dibuka kepada mengunjung setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 4 petang kecuali hari jumaat tidak beroperasi. Tiket berharga serendah RM10 dan untuk kanak-kanak bawah 3 tahun tiket adalah percuma.


Apa yang menarik di SFV?


Gambar 3

Ternakan kelulut terletak di bahagian Laman Mini di dalam SFV, ia menjadi tumpuan mengunjung kerana bukan Sahaja ternakan kelulut tetapi ada juga pelbagai tanaman seperti pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, herba.


Gambar 4

Antara tempat yang menarik di SFV adalah Rumah Kampung di mana kawasan ini berkonsepkan halaman kampung. Rumah yang diperbuat dari kayu sangat menarik perhatian pengunjung. Para pengunjung juga berpeluang untuk naik ke atas rumah tersebut dan melihat keunikan barang-barang antik yang terdapat di dalamnya seperti radio, televisyen dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, di kawasan tersebut ada ternakan seperti kambing , biri-biri , ayam , angsa dan itik. Terdapat juga kedai yang menjual air kelapa berhampiran Rumah Kampung ini.


 

Gambar 5

Kelulut merupakan serangga kecil yang wujud di  kawasan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Ia menghasilkan madu  kelulut  yang berasa masam. Madu kelulut mempunyai banyak khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Gambar di atas menunjukkan reka bentuk kotak kelulut. Bahan- bahan yang digunakan untuk membina kotak kelulut  sangat penting bagi mengelakkan serangan daripada perosak. Bumbung di bina di bahagian atas kotak kelulut bagi mengelakkan cahaya matahari terus mengena pada kotak kelulut. Selain itu, kelulut memerlukan kawasan yang lembap sebagai perumah. Seperti yang diberitahu oleh pekerja di situ , SFV mempunyai 1000 ekar kawasan kelulut iaitu bersamaan berpuluh ribu sarang kelulut. Akhirnya, kotak kelulut hendaklah menjalankan pemeriksaan mengikut jadual yang ditetapkan agar kotak kelulut sentiasa dalam keadaan selamat daripada serangan perosak. Jika terdapat log kayu yang reput , maka perlu dibaiki dengan kadar segera supaya madu kelulut di dalam kotak tersebut dalam keadaan yang selamat.


Gambar 6

Di SFV para pelajar dan pensyarah menaiki 'Tream Ride' iaitu kenderaan dalaman yang disediakan untuk bergerak ke satu tempat atau point ke tempat yang lain dengan jarak tiga hingga empat kilometer di sekitar SFV. Hal ini sudah tentu memberikan pengalaman yang menyeronokan kepada kami sambil menikmati pemandangan ladang buah-buahan yang sebenar. Walaupun jumlah 'Tream Ride' tidak dapat menampung jumlah kami yang ramai, pihak SFV tetap memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menempatkan para pelajar yang tidak mempunyai tempat duduk di dalam 'Tream Ride' di sebelah pemandu kenderaan tersebut. Hal ini telah memberikan banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang menarik yang tidak dapat dilupakan.


Gambar 7

Semasa kami melakukan lawatan ke tempat penternakkan lebah kelulut, pihak Selangor Fruit Valley juga membenarkan kami mencuba madu kelulut secara percuma dan madu tersebut diambil terus daripada sarang lebah kelulut. Terdapat pelbagai jenis madu yang dijual dimana setiap madu yang diperoleh adalah daripada spesies yang berbeza. Kami juga boleh melihat bagaimana keadaan dalam sarang lebah kelulut. Di samping itu, pihak Selangor Fruit Valley memberikan penerangan yang menarik, padat dan jelas tentang lebah kelulut dan Selangir Fruit Valley.


Gambar 8

Antara tempat menarik yang terdapat di SFV ialah Petting Zoo yang menempatkan pelbagai jenis haiwan ternakan seperti ayam, itik, arnab, burung unta, rusa dan pelbagai jenis haiwan lain. Di samping itu, kami juga dibenarkan untuk memberi makanan kepada unta dan juga rusa. Pihak Selangor Fruit Valley juga ada menjual makanan rusa dan burung unta dengan harga yang berpatutan sebanyak rm2  sebungkus makanan. Oleh itu, kami berpeluang untuk memberi makanan sendiri kepada haiwan tersebut. Selain itu, mereka juga memaparkan penerangan dan maklumat tentang haiwan yang terdapat di situ. Perkara ini sangat membantu kami dalam menambah ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang haiwan tersebut.


Gambar 9

SFV juga tempat pengeluaran produk-produk yang berasakan lebah kelulut yang penuh dengan khasiat untuk tubuh badan manusia. Produk yang mendapat sambutan adalah seperti madu kelulut Binghami Gold dan Trigona Gold yang memberi kesan yang baik kepada tubuh badan manusia. Antara khasiatnya adalah seperti menstabilkan tekanan darah, mengurangkan kolesterol, mengelakkan mati pucuk untuk lelaki dan perempuan, membantu kesuburan wanita, meningkatkan kesihatan otak dan merawat kencing manis.


Kesimpulan


Gambar 10

Selangor Fruit Valley atau SFV merupakan tempat menarik untuk dikunjungi oleh pelbagai lapisan umur kerana banyak tumbuh-tumbuhan, ternakan, sayur-sayuran, herba dan lain lain yang boleh kita lihat dan mengambil ilmu. Dalam SFV juga terdapat pentunjuk arah yang bertugas untuk memberitahu semua maklumat berkenaan semua kawasan yang terdapat dalam setiap bahagian di dalam SFV tersebut. Kami sebagai pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut mendapat mengalaman baru dan ilmu baru yang boleh digunakan untuk masa hadapan. Harapan kami semoga SFV maju jaga dan terus mendapat sambutan pengunjung dari dalam negara mahupun luar negara. Akhir sekali, terima kasih SFV kerana sudi menerima kunjungan kami dan jumpa lagi dimasa akan datang.


Lampiran


https://drive.google.com/drive/folders/13Dzz9-ZButM6ZwYZCcWz5cErcA1gs-7v?usp=sharing


Comments

Popular Posts