LAWATAN KE SELANGOR FRUIT VALLEY KUMPULAN 8B

Nama ahli kumpulan:
1. Nur Aina Shafini Bt Mohd Ridzuan (D202211028750
2. Bushra Bt Mohd Ahyad (D20221102873)
3. Siti Aishah Bt Mohd Sabri (D20221102884)
4. Noor Reena Eryana Bt Nasroni (D20221102887)
5. Nurin Sofea Bt Zahar (D20221102864)


Pada 20 Disember 2023, sebanyak 4 kumpulan dari kelas CPE2031 Penternakan Lebah Kelulut telah menyertai lawatan sambil belajar di Selangor Fruit Valley yang terletak di Jalan Rawang-Bestari Jaya. Ianya merupakan satu kawasan yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu sebuah subsidiari Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2017. Terdapat 4 buah bas yang mewakili 4 kumpulan untuk ke lawatan sambil belajar ini.  Tujuan untuk lawatan ini adalah untuk melawat kawasan lot madu lulut dan mengetahui penerangan tentang cara penghasilan madu kelulut. Sebelum bertolak ke Selangor Fruit Valley, para peserta berkumpul di Bitarasiswa UPSI terlebih dahulu. Para peserta telah berkumpul di Bitarasiswa UPSI seawal jam 7.00 pagi dan bas bertolak pada pukul 8.15 pagi. Perjalanan ini mengambil masa selama satu jam. Rombongan tiba di Selangor Fruit Valley sekitar jam 9.15 pagi. Setibanya di sana, peserta dikehendaki berkumpul di kaunter tiket bagi membeli tiket untuk meneroka ke dalam Selangor Fruit Valley. Kami membayar tiket dengan harga RM5 dan mendapat tiket 'wristband' yang merupakan kebenaran bagi memasuki tempat tersebut.


Setelah tiba di puncak Selangor Fruit Valley, kami diberikan masa lebih kurang 30 minit untuk makan dan berjalan-jalan di check point yang pertama. Saya dan rakan-rakan mengisi perut terlebih dahulu dengan memakan nasi tomato yang telah diberikan sebelum naik ke atas sebentar tadi. Setelah selasai makan, kami berasa sangat teruja untuk mengelilingi kawasan tersebut. Di situ, terdapat mini zoo yang terdiri daripada pelbagai jenis haiwan seperti burung, itik, ayam dan juga kambing. Ketika bersiar-bersiar kami ternampak banyak sarang kelulut dan juga kelulut pada sekitar kawasan tersebut. Terdapat juga tumbuhan lain yang terdapat di kawasan tersebut seperti pokok bunga dan buah-buahah. Sebelum meninggalkan kawasan tersebut saya dan rakan-rakan sempat mengambil gambar tangan kami sambil menunjukkan tag yang dipakai pada tangan kami. Kebetulan pada ketika itu pengcahayaan sangat cantik kerana cuaca pada hari tersebut sangat baik dan tidak hujan.


Kami menaiki traktor untuk ke puncak Selangor Fruit Valley. Bagi saya, ianya sangat unik kerana boleh memuatkan ramai orang pada tempat duduk traktor tersebut dan dapat menjimatkan masa. Lebih kurang 15 orang dapat muat untuk menaiki traktor dalam satu masa yang sama. Saya dan rakan-rakan berasa sangat teruja kerana kami dapat melihat pemandagan di kawasan tersebut sangat cantik dan luas. Kami dikelilingi pelbagai jenis tanaman seperti nanas, limau, mempelam,jambu dan banyak lagi. Ketika menaiki traktor, saya memilih untuk duduk pada tempat duduk yang paling hujung kerana saya ingin melihat keindahan alam dan saya juga dapat mengambil banyak gambar dan video suasana dan keadaan pada ketika itu. Saya berasa sangat tenang apabila melihat kawasan yang sangat luas dan jauh daripada kawasan kota yang sibuk. Sebelum sampai ke puncak, kami semua dapat melihat replika buah belimbing yang besar dan ianya mirip seperti buah belimbing yang sebenar. Bagi saya, inilah pengalaman yang bermakna kerana saya dapat menikmati ketenangan dengan melihat alam semulajadi di sini.


Pemandangan di atas bukit di checkpoint pertama. Nasib menyebelahi kami kerana cuaca baik dan tidak hujan. Awan cerah mengiringi kami sepanjang di di valley. Kami boleh meneroka di checkpoint pertama dan mengambil beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan. Kami berada di checkpoint selama 30 minit.  Di atas bukit ini, kami dapat melihat signboard Selangor Fruit Valley dan kehijauan sekitarnya. Terdapat banyak tanaman yang boleh kami lihat apabila berada di tempat tersebut. Persekitaran di valley yang tenang dan jauh daripada bunyi deruan enjin yang membingitkan hawa telinga mengingatkan kami dengan kampung halaman. Kami menikmati pemandangan dengan bahagia.


Selain daripada kelulut, kami juga tertarik dengan penanaman nanas yang begitu banyak. Di atas bukit, di tepi sungai, semuanya ditanam dengan nanas. Terdapat pelbagai jenis nanas yang ditanam, antaranya ialah nanas moris, MD2,Josapine, Sarawak dan lain-lain lagi. Nanas mempunyai banyak khasiat dan bagus untuk tubuh badan. Ketika kami melalui kawasan penanaman nanas, kami terserempak dengan beberapa pekerja yang mengutip nanas. Kami beranggapan nanas tersebut untuk dijual di pasaran.


Di Selangor Fruits Valley juga mempunyai beberapa spesis haiwan. Antaranya, rusa, kambing, burung merak dan burung unta. Para pelajar sangat teruja apabila melihat haiwan-haiwan tersebut. Mereka tidak lupa untuk mengambil gambar haiwan-haiwan kerana kesemua gambar-gambar haiwan ini dapat dijadikan kenangan yang berharga untuk para pelajar di Selangor Fruits Valley. Selain itu, haiwan-haiwan ini juga memberikan pengalaman yang unik kepada para pelajar. Mereka dapat melihat secara dekat bagaimana haiwan-haiwan ini bertindak dan berinteraksi dalam habitat semulajadi mereka.


Setibanya kami berhenti di checkpoint terakhir, terdapat banyak sarang atau rumah lebah kelulut. Tidak lama kemudian, pekerja menerangkan serba sedikit berkaitan lebah kelulut. Lebah kelulut buta dan tidak menggigit atau menyengat manusia. Dia menerangkan dan menunjuk bukti bahawa kelulut tidak menggigit iaitu dia membiarkan kelulut menghinggap ke tangannya. Dia juga meminta seorang pelajar untuk mencuba. Terdapat pergerakan keluar masuk kelulut dari sarangnya. Apabila kelulut ingin masuk semula kesarangnya, terdapat orang yang menutupi laluan ke sarangnya, kelulut tersebut beratur di belakang orang sehingga orang itu beralih barulah kumpulan kelulut itu masuk ke sarangnya.

 

Gambar diatas menunjukkan madu lebah kelulut. Tour guide menggunakan penyedut untuk mengambil madu tersebut dan memberikan kepada setiap pelajar untuk merasa kesegaran madu asli. Tour guide menggunakan penyedut untuk mengambil madu kelulut karena lebah kelulut berukuran lebih kecil daripada lebah biasa. Dengan menggunakan penyedut, madu lebah lebih mudah diambil tanpa membahayakan lebah. Madu lebah kelulut memiliki rasa yang lebih kuat dan kompleks dibandingkan dengan madu dari lebah biasa. Selain itu, madu lebah kelulut juga memiliki manfaat kesihatan yang tinggi.


diberikan buah-buahan secara percuma. Selepas checkpoint terakhir, kami terus bertolak ke tempat menunggu ataupun pendaftaran di mana ia terletak di hadapan pintu masuk. Buah yang kami dapat ialah buah tembikai dan juga jambu batu. Kami sangat teruja apabila merasa buah jambu batu tersebut kerana jambu itu mempunyai rasa yang manis begitu juga buah tembikai. Tanaman yang ditanam dan dijaga di SFV ini mempunyai kualiti yang sangat bagus dan segar. Saya berasa betapa beruntungnya kami semua apabila diberikan cemilan buah buahan yang menyegarkan dan manis di lidah. Buah buahan tersebut bukan sahaja dapat memberikan kesejukan di tekak, malah ia juga menjadikan tanda kebaikan dan kemurahan mereka yang bertugas di SFV. Kenangan manis ini tidak akan saya lupakan.


Lawatan ini telah berakhir pada pukul 1 petang apabila semua peserta menaiki bas untuk kembali ke UPSI. Sesungguhnya, lawatan ini amat bermakna kerana kami dapat melihat sendiri bagaimana sarang lebah dan bagaimana madu lebah kelulut dihasilkan. Pengalaman menyaksikan kegiatan lebah kelulut di ladang ini telah menambahkan lagi pengetahuan kami terhadap serangga ini.  Sebelum berangkat pulang ke kampus, kami dibekalkan dengan buah-buahan segar seperti buah tembikai dan buah jambu batu bagi setiap individu. Buah-buahan tersebut merupakan hasil bagi tanaman di Selangor Fruit Valley ini. Tidak dinafikan bahawa buah-buahan yang diberi ini sangat manis dan masih terasa kesegarannya. Lawatan ini telah berakhir pada pukul 1 petang apabila semua peserta menaiki bas untuk kembali ke UPSI. Sesungguhnya, lawatan ini amat bermakna kerana kami dapat melihat sendiri bagaimana sarang lebah dan bagaimana madu lebah kelulut dihasilkan. Pengalaman menyaksikan kegiatan lebah kelulut di ladang ini telah menambahkan lagi pengetahuan kami terhadap serangga ini.


Gambar kelulut Kump 8B


Comments

Popular Posts