LAPORAN LAWATAN KE SELANGOR FRUIT VALLEY: KUMPULAN 3D

  1. FAKHRUSY SYAKIRIN BIN ZULKAFLI (D20221103665)

  2. JESSICA ANAK KENAWANG (D20221103673)

  3. NAIZAHTUL ZAWIYAH (D20221103675)

  4. OWEN MARK (D20221103671)

  5. MASITAH BINTI HADIS (D20211098562)







LAPORAN 



Pada 20 Disember 2023, kursus Penternakan Lebah Kelulut CPE2031 telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Selangor Fruit Valley yang melibatkan empat kumpulan kelas. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada tugasan berkumpulan kursus ini yang mewajibkan pelajar untuk membuat laporan mengenai lawatan ini. Selangor Fruit Valley merupakan ladang buah-buahan yang besar seluas 646 hektar. Ladang ini juga mempunyai tarikan lain seperti tanaman herba-herba yang lain dan haiwan seperti burung unta dan rusa. Konsep mini zoo juga ada di dalam ladang ini yang dikelilingi tumbuhan pelbagai saiz yang cantik. Di samping tarikan tersebut, terdapat motif utama bagi lawatan ini iaitu penternakan lebah kelulut yang banyak di sepanjang ladang. Sebelum bertolak ke ladang tersebut semua pelajar berkumpul dihadapan Bitarasiswa yang bertempat di Kampus Sultan Abdul  Jalil Shah UPSI pada jam 7.30 pagi. Tepat jam 8 pagi semua pelajar telah menaiki bas mengikut kumpulan kelas masing-masing. Perjalanan daripada Tanjung Malim ke Selangor Fruit Valley dianggarkan selama 45 minit sahaja. Setibanya kami di sana, kami beratur untuk membeli tiket masuk yang bernilai Rm15.00 bagi orang dewasa. Setelah itu, kami mengambil sarapan yang berupa roti serta makanan tengahari yang telah disediakan oleh ajk makanan yang terlibat. Kami diarahkan untuk menaiki tram yang dapat dapat memuatkan 20-25 orang pelajar sekaligus untuk mengelilingi ladang. Keluasan ladang yang begitu besar menyebabkan mustahil untuk dapat mengelilingi ladang tersebut dengan berjalan kaki tambahan pula cuaca yang amat panas terik. Setelah mengelilingi ladang dan melawat kawasan penternakan lebah kelulut, kami mendapat sajian terakhir iaitu buah potong dan bertolak pulang pada jam 1 petang.




Pengalaman pertama yang didapati ketika sampai di sana ialah begitu takjub melihat kawasan yang dipenuhi rimbunan tanaman hijau. Hiasan dalaman pada pintu masuk ladang juga amat menarik dan berwarna warni. Terdapat banyak binaan yang berbentuk buah yang amat menarik. Ketibaan kami memenuhi ruang legar kaunter pendaftaran. Semua pelajar bersemangat untuk mengeksplorasi kawasan tersebut.



 

Selangor Fruit Valley mempunyai banyak tanaman seperti pokok-pokok buah-buahan, pokok bunga serta pokok herba. Bunga yang dihasilkan daripada pokok-pokok inilah yang menjadi tempat bagi lebah kelulut mengutip debunga. Lebah kelulut juga mempunyai sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip daripada tumbuhan. Lebah kelulut mempunyai mulut yang halus, muncung dan panjang yang membolehkan ia menghisap madu di ruangan yang sempit dan jauh ke dalam bunga-bungaan. 



Berikut merupakan gambar ahli kumpulan kami dengan salah satu perangkap kelulut yang terdapat di Selongor Fruit Valley. Seluruh kawasan Selangor Fruit Valley ini terdapat banyak perangkap lebah kelulut. Kebanyakkan perangkap lembah kelulut di kawasan ini adalah aktif kerana di kawasan fruit valley ini terdapat banyak bunga yang menjadi makanan mereka. 



Semasa lawatan ke Selangor Fruit Valley tersebut kami berpeluang untuk melihat sendiri pelbagai jenis lebah kelulut yang terdapat di kawasan ladang tersebut. Berikut merupakan salah satu jenis lebah kelulut yang menarik perhatian kami semasa berada di sana iaitu Heterotrigona itama. Heterotrigona itama ini merupakan salah satu daripada lebah kelulut spesies endemik di Malaysia. Kelulut ini dikenal pasti sebagai salah satu agen pendebungaan untuk tanaman seperti durian, rambutan dan manggis. Seperti yang terpapar dalam gambar Heterotrigona itama ini membuat sarang di batang dan tunggul kayu dan melindunhi sarangnya dengan propolis. Madu bagi lebah kelulut ini boleh dimakan dan juga baik untuk kesihatan.  




Selain daripada melihat pelbagai jenis lebah kelulut kami juga dapat melihat bentuk sarang kelulut itu sendiri. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar, sarang lebah kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Dimana lebah madu membina sarang kom lilin yang tergantung secara menegak manakala sarang lebah kelulut biasanya dibina dengan kom eraman mendatar dengan sel pembukaan dia atas, dimana semua kasta muncul. Sarang lebah kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen iaitu satu bahan istimewa yang diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan lain. Batumen yang dibuat adalah kuat dan tebal yang boleh melindungi koloni daripada air dan musuh. 




Dalam lawatan ini juga para pelajar telah diberi peluang untuk mencuba rasa madu asli yang telah siap dimasukkan ke dalam botol. Terdapat pelbagai jenis madu dengan pelbagai jenis perisa yang telah dihasilkan di Selangor Fruit Valley. Madu-madu yang dijual di Selangor Fruit Valley juga dijual kepada para pengunjung dengan harga yang berpatutan.



 


Para-para pelajar yang terlibat dalam lawatan ini juga mendapat pengalaman baru di mana pelajar mendapat peluang untuk merasakan sendiri rasa madu asli yang diambil secara lansung daripada sarang madu kelulut yang diternak di Selangor Fruit Valley. Disamping itu pelajar juga dapat menyaksikan sendiri proses penyerapan madu daripada sarang madu.




Setelah selesai mengelilingi kesemua kawasan Fruit Valley, para pelajar telah dibawa kembali berkumpul semula ke tempat pertemuan yang pertama. Di sana para pelajar telah diberikan sagu hati iaitu buahan-buahan tembikai dan jambu batu yang merupakan hasil tamanan daripada ladang terebut.




Setelah selesai menikmati jamuan yang dihidangkan. Para pelajar telah diarahkan untuk kembali ke dalam bas masing-masing mengikut kumpulan untuk pulang ke Tanjung Malim. Kami bertolak pulang pada jam 1 petang dan tiba di Tanjung Malim pada jam 2 petang. Lawatan ini merupakan pengalaman yang sangat menarik dan para pelajar dapat mempelajari bagaimana perternakan madu kelulut itu berlangsung.  





LINK GAMBAR ASAL: 

https://drive.google.com/drive/folders/1I1bn9mKAZYy0l4-9hm-aTnL2wgOO_Teg?usp=drive_link 





Comments

Popular Posts