LAPORAN LAWATAN KE SFV GROUP A-5
LAPORAN LAWATAN KE SFV GROUP A-5
NAMA AHLI KUMPULAN
NURUL ATIQAH BT CHE BASRI D20221102217
ANIS SURAYA BINTI MUHAMMAD D20221102180
SITI NOR ASHIKIN BINTI NORDIN D20221102211
NUR ARDILA BINTI SAYUTI RAZALI D20221102215
NUR HIDAYAH BINTI MAHATHIR D20221102238
HANIS NABILAH BT JEFFERI D20221102196
LAPORAN LAWATAN SFV
Pada tarikh 20 Disember 2023, kumpulan A bagi khusus penternakan lebah kelulut CPE2031 telah menjalankan satu lawatan ke Selangor Fruit Valley (SFV) untuk mengkaji ladang kelulut yang terdapat di SFV. Perjalanan daripada UPSI ke SFV mengambil masa selama sejam dengan menaiki bas. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di SFV. Kami menaiki sebuah trem untuk pergi ke ladang kelulut. Gambar dibawah menunjukkan ahli kumpulan kami menaiki trem yang disediakan oleh pihak SFV. Trem khas disediakan bagi pengunjung yang melawat ke sini bagi menikmati pemandangan ladang. Kenderaan itu melalui denai sepanjang 10 kilometer, membolehkan pengunjung melihat sendiri pelbagai jenis tanaman buah-buahan dan sayur-sayuranSFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur. Dan banyak lagi ladang yang terdapat di SFV.
Selangor Fruit Valley merupakan satu kawasan pelancongan yang terdiri daripada pelbagai lokasi baik kawasan penternakan haiwan, kawasan penanaman buah-buahan tropika, kawasan ladang, dan sebagainya. Gambar di atas merupakan beberapa kawasan yang terdapat di dalam Selangor Fruit Valley. Lokasi-lokasi ini terletak di sekitar kawasan Selangor Fruit Valley yang berkeluasan 646 hektar. Oleh itu, pengunjung akan dibawa dari satu lokasi ke satu lokasi dengan menaiki 'Trem Ride' iaitu sebuah kenderaan dalaman untuk ke satu check point yang lain. Jarak laluan pelancong adalah dari 3 ke 4 kilometer. Pelancong akan mula di bawah di check point pertama iaitu kaunter tiket lalu mengelilingi kawasan Selangor Fruit Valley mengikut carta aliran lokasi.
Selain itu, terdapat lebih 3,000 sarang kelulut di ladang itu menjadikan SFV sebagai pengeluar madu kelulut terbesar di Semenanjung Malaysia. Terdapat banyak rumah kelulut yang menghasilkan madu yang berkualiti. Selangor Fruit Valley juga bukan sahaja kaya dengan ladang-ladang buah dan rumah-rumah kelulut, di sana juga terdapat pelbagai jenis haiwan desa yang mereka pelihara. Banyak kelebihan pihak penganjur dapat apabila memelihara haiwan desa seperti menarik minat kanak-kanak yang datang ke Selangor Fruit Valley. Mereka suka bermain dan memberi haiwan-haiwan ini makan. Hal ini kerana haiwan sebegini mereupakan binatang yang jinak seperti arnab, ayam, itik, dan kambing.
Di Selangor Fruti Valley juga terdapat binaan-binaan yang menarik seperti binaan rumah kampung yang menjadi tarikan pengunjung yang datang. Binaan rumah kampung tersebut terinspirasi daripada rumah-rumah kayu yang berda di kampung. Rumah tersebut mempunyai beranda dan keusi-kerusi kayu yang membolehkan para pengunjung untuk menikmati sendiri suasana kampung. Selain itu, rumah kampung tersebut sangat cantik dan sesuai untuk dijadikan lokasi untuk bergambar.
Di Selangor Fruit Valley juga terdapat banyak haiwan ternakan antaranya rusa, burung emu, itik, Arnab dan lain-lain. Nama lain bagi Rusa Axis ialah Rusa Bintik atau Rusa Tutul. Rusa merupakan sejenis haiwan mamalia maun. Ia merupakan haiwan yang berdarah panas dan yang melahirkan anak. Rusa Axis mempunyai bulu halus berwarna coklat kemerahan yang ditutupi dengan bitnik-bintik putih. Berat badan rusa dewasa adalah 66kg -113kg. Rusa jenis ini memakan lebih daripada 75 spesies tumbuhan serta spektrum yang ada pada bahagian tumbuhan seperti batang, buah, biji, bunga dan kulit kayu. Rusa Axis dapat dijumpai di daerah Sri Lanka, Nepal, Bangladesh dan India. Rusa Axis hidup dalam keadaan berkelompok dan di dalam setiap kelompoknya terdapat beberapa rusa jantan, rusa betina dan anak-anaknya. Kelompok ini diketuai oleh rusa betina yang paling tua ia bertugas memberikan maklumat kepada kelompoknya. Jika dalam keadaan bahaya rusa jantan yang paling kuat akan menggantikan kedudukannya sehingga keadaan selamat.
Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika. Perlu untuk diketahui bahawa Terdapat 80 spesies madu kelulut di Malaysia namun hanya kurang daripada 10 spesies yang boleh menghasilkan madu kerana selebihnya berfungsi sebagai ejen pendebungaan. Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah biasa. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Penemuan madu kelulut sebagai bahan yang boleh dikomersialkan dikatakan agak baru dan pelbagai penyelidikan sedang dijalankan bagi memastikan keberkesanannya dalam perubatan serta pemakanan. Oleh hal yang demikian, kemampuan madu kelulut untuk dijadikan sebagai ubat masih dalam peringkat kajian dan pembelajaran. Namun begitu, pelbagai analisis mendapati bahawa madu kelulut mengandungi bahan seperti asid fenilpropanoik, vitamin c, mineral, glukose, polyphenol dan sumber lain yang mana penting untuk tubuh badan. Antara khasiat madu kelulut adalah sebagai antioksidan, anti-inflammatory (anti-radang), pelindung kepada jantung, antikanser, antidiabetes, antibiotik dan anti-mutasi.
Stesen berikut, kami juga melihat pekerja fruit valley mengambil madu di dalam sarang kelulut. Stesen ini memperlihatkan kami bagaimana madu diambil daripada sarangnya dan sedikit penjelasan cara-cara betul untuk mendapatkan madu yang baik. Mereka menggunakan asap supaya kelulut tidak menggigit dan tenang berada di sarang. Pekerja menggunakan penyedut untuk mendapatkan madu yang berada di dalam sarang kerana lubang sarang kelulut yang kecil menyukarkan madu untuk diambil dan bukan itu sahaja ia juga untuk mengelakkan sarang rosak. Dengan cara ini, madu mudah diambil dan dipindahkan ke bekas lain.
Selangor fruit valley juga menyediakan tempat untuk sarang kelulut bagi memperbanyakkan proses madu kelulut. Sarang kelulut itu diletakkan di kawasan ladang kelapa yang luas. Dengan pemasangan sarang kelulut yang lebih besar ini akan dapat membantu dalam membiakkan kelulut madu. Kami pergi melawat kawasan ladang kelapa ini untuk melihat secara dekat sarang kelulut yang merupakan antara sarang kelulut yang besar. Kami berkesempatan untuk melihat secara dekat sarang kelulut dan mendengar penjelasan daripada pekerja ladang tersebut berkaitan kelulut dan merasa madu kelulut serta sesiapa yang ingin membeli madu kelulut juga boleh di gerai yang dibuka di situ.
Salah satu lokasi yang menjadi tarikan di Selangor Fruit Valley ialah laman lebah kelulut yang mempunyai pelbagai jenis jualan madu kelulut. Antara salah satu produk yang menjadi tarikandan sangat istimewa ialah produk Kelulut Royal Jelly. Kelulut royal jelly merupakan sejenis makanan ratu lebah yang mempunyai rasa manis masam berlemak. Khasiat produk ini bagus untuk kesihatan wanita yang ingin ikhtiar mendapatkan anak, mampu mengawal kolestrol dalam badan, sesuai untuk yang mempunyai masalah buah pinggang, mampu mencantikkan kulit muka dan badan. Selain itu, kajian saintifik menunjukkan bahawa kelulut royal jelly ini dapat membantu dalam memberikan tenaga segera dan memulihkan keletihan otot akibat dari penggunaan otot ketika bersukan. Oleh sebab khasiatnya yang cukup banyak, kelulut royal jelly antara produk yang agak tinggi harganya berbanding produk kelulut yang lain.
Berikut merupakan gambar yang diambil di rumah kelulut. Corong kelulut tersebut bersaiz panjang .
LINK GOOGLE DRIVE GMABAR
Comments
Post a Comment