LAPORAN LAWATAN KE SFV GROUP 5B
https://drive.google.com/drive/folders/1-KTsT75FgdaNWWKqjoIUiu4Ap-d0PrRHNAMA AHLI KUMPULAN
1.MOHAMAD HAFIZI IQMAL BIN KAMARUZAMAN (D20212098772)
2.NURIEY IZZATI BINTI ARODI (D20212098775)
3. NURUL FARHANA BINTI NAEN (D20221102170)
4. AZRINA ARDIANA BINTI HASSAN (D20221102162)
5. RAIHA FADHWA BINTI RONYZAIN (D20221103728)
LAWATAN SELANGOR FRUITS VALLEY
Pada 20 Disember 2023 yang lalu, kumpulan D dari kokurikulum CPE2031 iaitu Kelulut telah mengadakan lawatan ke Selangor Fruits Valley.
Selangor Fruit Valley atau SFV adalah sebuah ladang buah-buahan tropika yang berkeluasan 646 hektar. Tanaman yang menjadi pilihan adalah seperti buah belimbing, jambu batu, rambutan, pulasan, betik dan sebagainya. Ladang ini diwujudkan bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk memodenkan sektor pertanian selaras dengan visi dan misi PKPS. Melalui pembangunan SFV ini, ia akan dapat menjadikan kawasan tersebut lebih berdaya maju serta komersil di samping menjana industri pertanian dan asa tani negeri. Penubuhan kelulut bermula dari tahun 2017 di bawah Pogram Usahawan Tani.
Kelulut Hetrotrigona itama adalah madu kelulut asli yang kebiasaanya diambil sebagai makanan tambahan harian. Rasa madu tersebut masam masam manis, tetapi tidak manis seperti madu biasa kerana mengandungi trehalulose. Ini kerana, madu kelulut memiliki satu satunya bahan yang tidak terdapat pada madu lain iaitu gula trehalulose yang begitu baik untuk badan dan keseimbangan gula dalam badan. Selain itu juga, bakar kawasan sarang kelulut adalah salah satu cara untuk penyelenggaraan kerana jika ada asap dia tidak akan mengerumuni tempat tersebut.
Di dalam satu sarang akan ada satu 'Queen' tetapi ratu hanya menghasilkan telur untuk menjadi ratu untuk menaiki takhta apabila ratu mati. Telur ratu akan berbeza dengan telur yang lain kerana saiznya lebih besar. Dengan itu, dia akan menggantikan koloni tersebut. Dia akan keluar untuk mencari jantan untuk mengawan dan akan masuk semula ke dalam sarang serta akan menghasilkan telur. Perbezaan dengan madu kelulut dan biasa adalah madu kelulut lebih masam dan kelat sedikit. Walaupun begitu, lagi masam madu itu, lagi berkhasiat madu tersebut. Untuk pembinaa sarang tiruan dengan menggunakan kayu untuk kelulut manakala madu lebah di dalam honey comb yang dibuat sendiri oleh koloni lebah tersebut. Terdapat 2 jenis sarang yang digunakan di ladang iaitu seramik dan kayu. Jangka anggaran masa untuk madu dituai adalah 3 bulan berdasarkan beberapa faktor yang tertentu contohnya koloni kelulut akan sentiasa berganti dan sentiasa akan ada yang baru.
Terdapat beberapa ancaman antaranya haiwan lain contohnya lalat dan semut. Di setiap sarang akan dipasang net hitam supaya menghalang lalat untuk menghinggap dan akan meninggalkan telur menyebabkan seluruh madu yang ada di dalam sarang akan rosak. Plastik pelindung digunakan untuk melindungi daripada hujan dan polisterin digunakan untuk melindungi cuaca panas kerana ia menyerap haba.
Beberapa jenis sarang iaitu daripada blok kayu, buluh dan perangkap yang terdapat di pokok kelapa. Perangkap diperbuat daripada kayu yang ditebuk di tengah dan perlu meletakkan penutup atas dan bawah. Selain itu, di ladang besar ada juga yang membuat menggunakan balang plastik dan disimpan dalam polistren dan tutup atas dan bawah serta disapu dengan propolis. Propolis itu mestilah dibakar sampai cair dan disapu disekeliling perangkap. Tekstur propolis mestilah pekat. Tujuannya adalah untuk menghasilkan bau yang sama dengan sarang kerana propolis adalah getah getah serta ranting ranting di dalam sarang. Biasanya akan guna propolis specis Thoracica. Spesis Thoracica antara saiz yang besar manakala spesis Hetrotrigona itama adalah sederhana. Thoracica mempunyai bahagian atas yang berwarna coklat, bahagian belakang berwarna hitam dan bersayap berwarna putih.
Antara faktor kematian kelulut adalah cuaca panas iaitu cahaya matahari akan terus ke sarang. Sarang akan ditutup dengan plastik dan polistren di bahagian atas dan setiap sisi kayu akan diskru dan tidak boleh dibuka kerana untuk mengelakkan pemangsa iaitu monyet dan lalat iaitu BSF. Saiz agak besar dan panjang. BSF bermaksud Black Soldier Fly. Lebah kelulut biasanya mempunyai satu kawasan yang besar dalam satu blok kayu di mana mempunyai pembahagian tugas antara lebah kelulut jantan dan betina. Lebah kelulut akan diperangkap terlebih dahulu sebelum diletakkan di dalam blok kayu dan akan diletakkan polisterine pada bahagian atas blok tersebut sebagai alat untuk mengelakkan sarang madu kelulut meruap akibat terkena pembiasan cahaya matahari secara terus. Untuk mengelakkan sarang kelulut ini diserang oleh serangan semut hitam dan cicak yang boleh dikategorikan sebagai antara pemangsa lebah kelulut, kebanyakkan sarang kelulut tersebut akan diletakkan gam polister pada bahagian ruang atau lubang pada bahagian atas dan bawah untuk mengelakkan pemangsa tersebut masuk pada bahagian dalam. Antara faktor utama yang menyebabkan madu yang dihasilkan oleh kelulut menjadi rosak adalah dengan kehadiran lalat ke dalam sarang selain daripada serangan daripada monyet. Oleh itu, perosak kelulut seperti seperti Kumbang Pollen (Haptoncus loteus), Black soldier fly (BSF), katak dan cicak perlu dielakkan supaya kelulut dapat fokus terhadap penghasilan madu. Sekiranya pengawasan kelulut tidak dilakukan maka kelulut terpaksa 'mengurangkan' kerja kerana perlu membuat kawalan terhadap ancaman sarangnya. Selain itu, pembersihan persekitaran juga perlu dilakukan untuk mengelakkan ancaman perosak atau haiwan berbisa yang lain dengan membersihkan semak samun atau rumput yang panjang secara berkala bergantung kepada kesesuaianya.
Untuk penjagaan plot penternakan kelulut, semua pekerja akan tinggal di dalam ladang berdekatan dengan pejabat. Hanya seorang sahaja yang bekerja untuk ternakan kelulut dan 2 orang pelajar praktikal. Selain itu, cara pengendalian bagi setiap jenis sarang adalah lain dimana sistem yang digunakan perlu dipraktikkan secara teratur kerana lain jenis sarang lain jenis sistem untuk kendali. Apabila spesis kelulut terkena ancaman, mereka akan menutup cerowong itu dan akan bina cerowong baru. Tapak yang digunakan untuk penternakan kelulut sepenuhnya sewa sebanyak 50 ekar. Bilangan sarang untuk pameran hanya 7 sahaja manakala jumlah keseluruhan di ladang anggaran berjumlah 1500. Tetapi sarang akan sentiasa berkurangan kerana akan ada pembeli yang membeli sarang tersebut.
Ini merupakan rumah yang telah disediakan oleh para pekerja di sana supaya lebah kelulut dapat menghasilkan madu kelulut mereka di dalam rumah tersebut. Terdapat pelbagai saiz dan warna rumah lebah kelulut yang disediakan. Tempat rumah lebah kelulut juga diletakkan di pelbagai tempat contohnya seperti di bawah pokok-pokok besar dan di tempat yang lapang.
Lebah kelulut boleh menghasilkan madu dalam kitaran waktu yang berlainan. Untuk musim bunga, lebah kelulut boleh menghasilkan madu paling cepat sekurangnya 2minggu kerana terdapat banyak sumber bunga yang mengandungi nectar yang membantu proses penghasilan madu. Manakala bagi musim hujan pula, kelulut akan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan madu dan memerlukan masa sekurang-kurangnya 2 bulan kerana pergerakan lebah menjadi terhad selain faktor pengeluaran bunga yang tidak mencukupi sewaktu musim hujan. Kebanyakan lebah kelulut akan tertarik dengan pokok akasia yang mampu menghasilkan nectar yang berkualiti sekaligus membantu kualiti madu yang dihasilkan.
Untuk jualan dan pembelian pula, bongkah kayu atau seramik serta produk madu kelulut yang dihasilkan biasanya akan dijual secara atas talian dan jualan secara terus dari ladang manakala untuk sebarang urusan pembelian dan pertanyaan secara atas talian boleh terus ke laman web My Iqra Solution. Antara jualan daripada kelulut ialah madu asli yang tanpa disejat iaitu tanpa dibuang air. Hasil madu kelulut anggaran 1 kg madu selepas disejat adalah 20% adalah air dan dan akan dapat 800gram sahaja madu. Produk hiliran yang dihasilkan daripada madu adalah sabun dan lipbalm untuk pasaran. Proses penjualan sarang akan dibungkus dengan kemas supaya kandungan madu di dalam sarang tidak akan keluar. Pembeli akan datang pickup dekat ladang untuk urusan pembelian.
Semasa berada di Selangor Fruits Valley, kami diberikan peluang untuk merasai madu lebah kelulut itu sendiri yang diberikan oleh pekerja di laman lebah kelulut. Madu lebah kelulut itu sendiri mempunyai rasa yang unik iaitu rasa gabungan antara masam dan manis. Ini adalah pengalaman yang baru bagi sesetengah pelajar untuk merasa madu itu. Khasiat madu kelulut termasuklah dapat meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan tenaga wanita yang baru lepas bersalin dan merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
Kami juga dapat melihat proses bagaimana madu diambil daripada sarang lebah kelulut. Madunya boleh diambil daripada kantung-kantung kecil yang ada di sarangnya. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat bermanfaat dan bermakna kepada kami semua disebabkan ada sesetengah pelajar yang langsung tidak didedahkan dengan perkara sebegitu.
Link to drive.google drive.google
Comments
Post a Comment